WHWL: Malaysia Tewas kepada Ireland - Sukan | mStar

WHWL: Malaysia Tewas kepada Ireland

Pemain hoki negara Surizan Awang Noh cuba melepasi benteng pertahanan pemain Ireland pada perlawanan akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia Wanita di Stadium Hoki Tun Razak malam Ahad. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia Tigress sekali lagi gagal mengatasi pasukan favourite Eropah, Ireland, pada Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita (WHWL) selepas tewas 0-3 pada final di sini malam Ahad.

Ini merupakan kakalahan kedua Malaysia kepada Ireland pada kejohanan itu selepas tewas 1-2 dalam perlawanan Kumpulan B pada Isnin di venue yang sama, Stadium Hoki Tun Razak, di sini.

Kedua-dua pasukan cuba mencipta peluang melalui hantaran bola turun naik tetapi penjaring utama kejohanan Anna O'Flanagan membuka jaringan untuk Ireland mendahului selepas berjaya menghasilkan gol pada minit ketujuh.

Malaysia Tigress kemudian bertindak dengan melakukan asakan dalam usaha untuk menyamakan kedudukan tetapi Nuraini Abdul Rashid gagal menyempurnakan pukulan penalti dua minit kemudian.

Skuad The Green Army kemudian menambah jaringan pada minit ke-10 melalui ketua pasukan Kathryn Mullan, yang bertindak cemerlang melepasi barisan pertahanan Malaysia dari garisan kotak penalti.

Ireland seterusnya mendahului 2-0 apabila pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan dua pukulan suduty penalti.

Zoe Wilson kemudian menambahkan gol untuk pasukan pelawat pada minit ke-35 untuk melengkapkan kemenangan.

Malaysia, yang menduduki ranking ke-21 dunia, melangkah ke final selepas menundukkan satu lagi pasukan pilihan Eropah dan pasukan nombor 15 dunia, Itali menerusi penentuan penalti shoot out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat perlawanan.

Ireland pula mengatasi Wales 2-0.

Terdahulu, dalam dalam aksi suku akhir, Malaysia menewaskan Thailand 3-0 selepas pada Khamis membelasah Hong Kong 9-0 dan menumpaskan Kazakhstan 13-1 dalam dua lagi perlawanan Kumpulan B.

Artikel Sebelum

KLHC Lebur Rekod Tanpa Kalah UniKL

Artikel Berikut

Southampton Atasi Leicester 3-0

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain