suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Kerber Ikut Jejak Langkah Murray

Angelique Kerber.

SELEPAS penyingkiran pemain No.1 dunia Andy Murray, kini giliran juara bertahan, Angelique Kerber tersungkur di pusingan keempat Terbuka Australia.

Pemain pilihan utama kejohanan itu tewas kepada pemain Amerika Syarikat (AS), Coco Vandeweghe 6-2, 6-3 di Rod Laver Arena, malam Ahad.

Vandeweghe melangkah ke peringkat suku akhir buat kali pertama selepas merekodkan enam 'ace' dan 30 pukulan kemenangan untuk mengetepikan Kerber.

"Saya cuba menyembunyikan keyakinan saya kerana sering kali rasa kurang selesa di atas gelanggang.

"Bagaimanapun, anda tahu kita perlu jadikan angan-angan kita sebagai kenyataan... rancangan saya agar dapat mengembalikan setiap pukulannya, " kata Vandeweghe.

Vandeweghe yang meraikan kemenangan terbesar dalam kariernya itu akan menentang pilihan ketujuh dari Sepanyol, Garbine Muguruza pada aksi suku akhir.

"Saya tidak memenangi sebarang perlawanan di sini pada tahun lalu. Namun kali ini saya sudah berada di sini.

"Saya bertambah yakin kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya sasarkan untuk mara ke suku akhir," katanya.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain