suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Federer Jumpa Zverev Di Suku Akhir

ROGER Federer membuktikan usia bukan halangan untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia selepas menundukkan pemain muda Jepun, Kei Nishikori 6-7(4) 6-4 6-1 4-6 6-3 pada pusingan keempat, malam Ahad.

Selepas berehat selama enam bulan, kemunculan semula Federer di Rod Laver Arena pada awalnya diragui kerana ramai yang mempertikaikan tahap kecergasan pemain Switzerland itu.

Namun Federer berjaya membuktikan sangkaan itu tidak benar apabila mempamerkan kelincahan ketika berdepan Nishikori.

"Dia bermain dengan baik, amat gembira menjadi sebahagian daripadanya.

"Kemenangan ini amat penting untuk karier saya. Saya tahu dia mempunyai rekod lima set yang bagus dan dia juga lawan sukar," kata Federer.

Federer akan bertemu Mischa Zverev yang menyingkirkan pemain No.1 dunia, Andy Murray dalam penentuan ke slot separuh akhir.

Dengan pemain pilihan kedua, Novak Djokovic turut tersingkir, Federer kini berpeluang cerah untuk menamatkan kemarau penantian selama lima tahun bagi menambah koleksi grand slam ke-17nya.

Roger Federer, Terbuka Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain