suria

Swansea Kejutkan Liverpool

Pemain Swanse meraikan kemenangan mereka.

LIVERPOOL dikejutkan dengan kekalahan tipis 3-2 di tangan Swansea dalam aksi penuh mendebarkan di Anfield, malam Sabtu.

Ini bermakna The Reds melebarkan rekod tanpa sebarang kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris kepada tiga perlawanan selepas sekadar mencatat keputusan seri dalam dua aksi terdahulu.

Swansea yang menduduki tangga ke-17 liga mendahului seawal minit ke-48 menerusi jaringan Fernando Llorente yang turut menggandakan jaringan empat minit kemudian.

Pasukan tuan rumah bangkit untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Firmino pada minit ke-55 dan 69.

Ia merupakan gol ketiga Firmino dalam tujuh perlawanan dengan jadual padat setakat ini.

Liverpool dilihat berupaya menjuarai perlawanan itu sebelum Sigurdsson melengkapkan gol ketiga Swansea pada minit ke-74 selepas menguis masuk hantaran Tom Carroll.

Anak buah Jurgen Klopp itu kini menduduki tangga ketiga dengan mengumpul 45 mata daripada 22 perlawanan.

Sementara itu, Swansea pula berjaya mengeluarkan diri daripada zon penyingkiran susulan kemenangan tersebut.



Swansea, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain