suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beregu Lelaki Tempah Tiket Ke Final

Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei.

SIBU: Beregu lelaki yang semakin menunjukkan keserasian mereka, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani malam Sabtu berjaya melangkah ke peringkat akhir Masters Malaysia di Stadium Tertutup Sibu di sini.

Mereka menundukkan beregu Indonesia Hendra Aprida Gunawan-Markis Kido dengan 21-15, 21-13.

Dengan kemenangan itu mereka akan bertemu Berry Angriawan-Hardianto, indonesia, yang telah menewaskan beregu Jepun Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe pada Ahad.

Sementara itu, beregu campuran pilihan kedua Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akan bertembung rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai di peringkat akhir, Ahad.

Pilihan pertama Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dan beregu Poon Lok Yan-Tse Ying Suet akan menentukan kejuaraan bagi kategori beregu wanita.

Perseorangan lelaki pula akan menyaksikan pertembungan di antara pilihan pertama Angus Ng Ka Long dari Hong Kong dan pilihan kelima Lee Hyun Il dari Korea Selatan.

Bekas pemain nombor satu dunia dan pemain pilihan pertama Saina Nehwal dari India akan berdepan lawan dari Thailand Pornpawee Chochuwong. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super

Artikel Berikut

Swansea Kejutkan Liverpool

Artikel Lain