suria

Liverpool Telan Kekalahan Di Kandang Southampton

Nathan Redmon menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan separuh akhir pertama piala Liga antara Liverpool dan Southampton. Southampton menang 1-0. -fotoREUTERS

SOUTHAMPTON memanfaatkan perlawanan di kandang sendiri apabila menewaskan Liverpool 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga yang berlangsung di Stadium St. Mary, awal pagi Khamis.

Pemain berusia 22 tahun, Nathan Redmon, menjadi wira dalam perlawanan ini apabila menghadiahkan gol tunggal buat pasukannya pada minit ke-20.

Keputusan ini amat bermakna buat pasukan bimbingan Claude Puel, kerana Southampton memerlukan keputusan seri untuk mara ke final ketika bertandang ke markas Liverpool, Anfield pada 25 Januari ini.

Dalam dua perlawanan terakhir skuad bimbingan Juergen Klopp, Liverpool telah dua kali mencatatkan keputusan seri iaitu ketika menentang Sunderland (2-2) dalam Liga Perdana Inggeris dan Plymouth (0-0) dalam Piala FA.

Klopp nyata tidak berpuas hati dengan persembahan pasukannya dan menyifatkan mereka berisiko kalah lebih teruk dalam perlawanan ini.

"Semestinya saya tak gembira. Pertandingan terus berubah ketika mereka mendapat gol dan kami seperti hilang semangat yang kami perlukan," ujar Klopp memetik BBC.

"Kami gugup ketika bermain dan saya tidak tahu kenapa. Kami terlalu mudah kehilangan bola dan kami memerlukan Loris Karius untuk menyelamatkan keadaaan, dua atau tiga kali," katanya.

"Kami memang tidak gembira dengan persembahan tadi, Southampton juga tentu tidak gembira dengan keputusan ini. Keputusannya boleh jadi 2-0, 3-0."

EFL Cup, Piala Liga

Artikel Lain