suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Schneiderlin Selangkah Sertai Everton

MORGAN Schneiderlin akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Everton, menurut laporan Press Association Sport.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu bersedia untuk berhijrah dari Manchester United ke Goodison Park selepas kelab tersebut bersetuju dengan yuran perpindahan sebanyak 22 juta pound.

Schneiderlin berpindah ke Old Trafford dari Southampton dalam perjanjian bernilai 25 juta pound pada Julai 2015.

Namun dia bergelut dengan masalah prestasi sejak ketibaan Pengurus Jose Mourinho di Old Trafford pada musim panas lalu.

Pemain kebangsaan Perancis itu kini akan bekerjasama semula dengan bekas pengurus Saints, Ronald Koeman di Merseyside.

Schneiderlin masih belum membuat sebarang penampilan pada aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dia hanya membuat lapan penampilan semasa di bawah kendalian Mourinho.

Jika perjanjian itu dimuktamadkan, Schneiderlin akan menjadi pemain kedua menyertai Everton bulan ini selepas kehadiran pemain sayap Ademola Lookman dari Charlton.

The Toffees turut dikaitkan dengan seorang lagi pemain United iaitu Memphis Depay dan penyerang West Brom, Saido Berahino serta pemain pertahanan Southampton, Jose Fonte.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain