suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedah Beri Imbuhan Kepada Faiz Subri

Faiz bersama trofi yang dimenanginya.

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan memberi imbuhan kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola  Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland, pada Isnin lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bagaimanapun berkata jumlah imbuhan tersebut tidak akan diumumkan pada masa ini, dan akan diberikan secara sekali gus kepada pemain kelahiran Kedah itu.

"Kita akan bagi imbuhan secara 'one-off' dan jumlah tak boleh sebut lagi, tunggulah," katanya selepas Majlis Penyerahan Cermin Mata "Dari Mata Turun Ke Hati" anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini, Rabu.

Pada majlis itu, 500 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih menjalani pemeriksaan dan menerima cermin mata secara percuma bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif Strategi dan Komunikasi BSN, Kameel Abdul Halim.

Ahmad Bashah berkata kejayaan Mohd Faiz itu patut dibanggakan seluruh rakyat Malaysia kerana bukan senang untuk mendapat pengiktirafan di peringkat dunia, dan pertama buat negara.

Selain imbuhan daripada kerajaan negeri, Mohd Faiz juga bakal menjadi penerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai (ASK) sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang akan disambut Ahad ini.

Jaringan yang disifatkan melanggar hukum fizik itu dilakukan Mohd Faiz, anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas. 

Faiz Subri, Kedah, imbuhan

Artikel Sebelum

Artikel Lain