suria

Copa del Rey: Mara Ke Suku Akhir, Barca Dijangka Berdepan Real Madrid

Pemain bintang Barcelona, Lionel Messi (kiri), Luis Suarez (tengah) dan Neymar meraikan kejayaan pasukan mereka mara ke suku akhir Copa del Rey. -fotoREUTERS
BARCELONA menang 3-1 ke atas Athletic Bilbao dalam perlawanan kedua Copa del Rey yang berlangsung di Camp Nou, awal pagi Khamis.

Keputusan ini sekali gus membawa Barca mara ke peringkat suku akhir dengan agregat 4-3.

Dalam perlawanan pertama di Stadium San Mames, 5 Januari lalu, Barca kalah 1-2 kepada Bilbao.

Bagaimanapun Barca dijangka berdepan laluan sengit untuk perlawanan Copa del Rey seterusnya.

Mereka bakal berdepan pemenang antara Real Madrid atau Sevilla di mana dalam perlawanan pertama pada 4 Januari lalu, Madrid menang 3-0 di Santiago Bernabeu.

Bermain di hadapan penyokong sendiri, Barca tampil dengan format 4-3-3 yang menyaksikan trio MSN (Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar) di barisan hadapan.

Barcelona membuka jaringan pada minit ke-35 menerusi Suarez yang memanfaatkan umpan lambung Neymar dari bahagian kanan. Keputusan 1-0 kekal sehingga babak pertama tamat.

Babak kedua menyaksikan Barca tampil menyerang. Pada minit ke-47, Barca mendapat hadiah penalti setelah Neymar dijatuhkan oleh Eneko Boveda dan penyerang Brazil itu berjaya mengaburi penjaga gawang Bilbao, Gorka Iraizoz.

Bilbao mendapat gol sagu hati pada minit ke-51 menerusi Saborit, menjadikan kedudukan agregat 3-3.

Lionel Messi menjadi penyelamat Barca menerusi tendangan bebas ke gawang lawan, sekali gus mencatatkan kemenangan untuk pasukannya.
Copa del Rey, trio MSN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain