suria

Ronaldo Dedah Mahu Anak Jadi Pemain Bola Sepak Tetapi Bukan Penjaga Gol

Cristiano Ronaldo dan anak lelakinya. Foto JustJared.com

CRISTIANO Ronaldo secara terbuka berbicara mengenai anak lelakinya dengan mendedahkan mahu melihat anaknya menjadi seorang pemain bola sepak profesional seperti beliau.

Penyerang Real Madrid itu akan bersiap sedia untuk memastikan Cristiano Ronaldo Jnr dapat memenuhi hasrat beliau tetapi pada masa tidak akan memberi tekanan kepada anak lelakinya.

Ronaldo membuat kesimpulan bahawa anak lelakinya akan menjadi apa sahaja yang dia ingini, dan jika menjadi seorang pemain bola sepak, dia tidak dibenarkan bermain di dalam jaring gol.

Ronaldo berkata demikian kepada sebuah stesen televisyen Mesir selepas ditanya sama ada beliau mahu melihat anak lelakinya mengikut jejak langkah beliau.

Bekas penyerang Manchester United itu berkata: "Saya mahu anak lelaki saya menjadi seorang pemain bola sepak seperti bapanya. Saya tahu ia merupakan satu cabaran besar, bukannya mudah tetapi dia akan menjadi apa sahaja yang dia inginkan.

"Saya tidak akan beri tekanan kepadanya. Saya hanya akan memberikan sedikit galakan untuk dia menjadi pemain bola sepak." 

Menurut Ronaldo, hanya satu posisi anak lelakinya tidak dibenarkan bermain iaitu di gawang kerana lebih kebanggaan dengan memberikan jaringan berbanding mempertahankan gol.

"Tetapi dia boleh jadi apa sahaja yang dia mahukan. Saya tidak risau mengenainya," katanya. Mirror


Cristiano Ronaldo

Artikel Lain