suria

Kane Mahu Tottenham Kekal Momentum Selepas Tewaskan Watford 4-1

Aksi Harry Kane selepas menjaringkan gol kedua buat Totthenham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Wartford. Foto AFP

HARRY Kane menggesa Tottenham mengekalkan momentum kemenangan mereka selepas beliau memberikan dua jaringan ketika menundukkan Watford 4-1.

Penyerang kelahiran England itu mencatatkan dua jaringan pada babak pertama dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Vicarage Road, Watford pada Ahad malam.

Kane kini menjaringkan 59 gol dalam 100 perlawanan Liga Perdana Inggeris, menyamai bekas pemain Arsenal, Thierry Henry pada ketika ini.

Pemain berusia 23 tahun itu mahu menambah jaringan buat pasukannya, menjadikan lima kemenangan berturut-turut.

Bercakap kepada Sky Sports, Kane berkata: "Kami mahu mengekalkan prestasi kami. Kami mahu memasuki tahun baharu dengan persembahan yang baik dan kemenangan 4-1 merupakan sesuatu yang hebat."

Tottenham yang berada pada kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris.

Sekurang-kurangnya buat sementara waktu, ia berada 10 mara ke belakang Chelsea yang ketika ini mengungguli tempat teratas.

Dalam perlawanan antara Tottenham dan Watford, dua jaringan Kane diraih pada minit ke-27 dan 33'.

Dua lagi gol Tottenham menerusi aksi rakan sepasukan Dele Alli pada minit ke-41 dan 46'. Mail Online

Artikel Lain