suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Giroud, Iwobi Beri Kemenangan Arsenal 2-0

Oliver Giroud meraikan gol pertama Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Crystal Palace di Stadium Emirates, London pada Ahad malam. Foto Reuters

ARSENAL berjaya membuka tirai dengan kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Crystal Palace dengan 2-0.

Bertempat di Stadium Emirates, London pada Ahad malam, dua jaringan itu diraih pemain Olivier Giroud dan Alex Iwobi dengan begitu kemas.

Giroud dan Iwobi mencatatkan skor masing-masing pada minit ke-17 dan 56'.

Arsenal dilihat tampil mendominasi sepanjang permainan menerusi 22 percubaan di mana tujuh daripadanya menepati sasaran.

Bagaimanapun, kelab The Gunners ini beberapa kali melepaskan peluang keemasan.

Arsenal menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dengan 40 mata.

Artikel Berikut

Artikel Lain