suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Janji Bantu PFA Terus Beraksi Dalam Liga Malaysia 2017

KANGAR: Harapan penyokong skuad Singa Utara menyaksikan pasukan mereka beraksi dalam Liga Malaysia 2017 kembali bersinar selepas Perdana Menteri berjanji membantu masalah kewangan dihadapi Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA). 

Bekas Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan persetujuan untuk membantu semasa mesyuarat Kabinet minggu lepas.

"Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyebut jumlah bantuan atau dana yang akan disumbangkan kepada PFA," katanya ketika mengulas hasrat PFA menarik diri daripada Liga Malaysia 2017 kerana masalah kewangan, di sini Selasa malam.

Shahidan yang juga penasihat PFA turut meminta PFA menimbang semula hasrat menarik diri daripada menyertai liga yang bermula Februari depan berikutan perkembangan itu.

Katanya beliau memahami pengorbanan Presiden PFA, Datuk Rozabil Abdul Rahman yang mengeluarkan jutaan ringgit sejak menerajui PFA tiga tahun lepas termasuk membayar sewa padang untuk latihan.

"Walaupun Perdana Menteri bersetuju membantu, beliau (Rozabil) masih perlu mendapatkan dana ataupun tambahan tajaan supaya PFA tidak menghadapi kemelut kewangan di pertengahan jalan," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Shahidan menyokong cadangan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sewaktu kongres persatuan itu tahun depan. 

Menurut Shahidan, TMJ layak menerajui FAM kerana kesanggupannya berkorban untuk kemajuan bola sepak tanah air, selain agresif dan berani melontar pandangan untuk melonjakkan bola sepak ke tahap baharu. 

"TMJ juga telah mencipta 'pasaran baharu' bola sepak tanah air seperti yang dilakukan kelab Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris," katanya. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain