suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Giroud Sedia Lanjut Kontrak Bersama Arsenal

LONDON: Penyokong Arsenal kini boleh menarik nafas lega apabila penyerang kesayangan mereka, Olivier Giroud sedia menandatangani kontrak baharu bersama kelab London itu.

Kontrak pemain berusia 30 tahun itu akan tamat pada 2018 dan dia mengakui bimbang tentang masa depannya bersama Arsenal selepas kerap dipinggirkan dalam kesebelasan utama akibat dihimpit masalah kecederaan.

Sepanjang ketiadaan Giroud, pemain kelahiran Chile, Alexis Sanchez mengisi kekosongan bahagian serangan menyebabkan penyerang Perancis itu tidak pernah bermula sebagai pemain utama sehingga perlawanan liga baru-baru ini.

Namun disebalik kekecewaan tersebut, Giroud menjelaskan dia sedia menyambung kontrak dan mahu merebut kembali posisi utama selepas diberi jaminan oleh pengurus Arsene Wenger.

"Semua pihak berkata saya telah menandatangani kontrak baharu tetapi perkara itu tidak benar dan sedang diusahakan.

"Musim ini agak sukar buat saya kerana mengalami kecederaan selama sebulan setengah dan terpaksa berehat panjang.

"Namun tumpuan saya kekal tinggi sama ada semasa latihan aatau perlawanan. Saya telah berbincang dengan bos (Wenger) dan dia menjelaskan sebab saya tidak dapat bermain dengan kerap sebelum ini," katanya.

Giroud berharap dapat mengekalkan posisi sebagai pemain utama menjelang pertemuan dengan Crystal Palace pada minggu depan, lebih-lebih lagi ketiadaan penyerang Theo Walcott terpaksa berehat selama 10 hari akibat kecederaan.



Olivier Giroud, Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain