suria

Saya Tak Akan Bunuh Diri Untuk Menang Ballon d'Or - Neymar

Neymar. -fotoAFP
BINTANG Barcelona, Neymar memandang remeh kepentingan pengiktirafan Ballon d'Or dan menegaskan bahawa bukan satu masalah bagi dirinya jika tidak memenangi anugerah itu.

Pemain antarabangsa Brazil itu terpaksa berpuas hati di tempat kelima dalam anugerah tahun 2016, dengan Cristiano Ronaldo telah menewaskan Lionel Messi dan Antoine Griezmann untuk meraih gelaran.

Neymar, turut menegaskan bahawa dia masih dapat tidur lena tanpa gangguan walaupun tidak pernah menjulang trofi idaman ramai itu.

"Saya amat gembira di Barcelona, bersama pasukan ini dan dengan kehidupan yang saya ada," kata pemain berusia 24 tahun itu di laman web rasmi La Liga.

"Sudah tentu matlamat saya untuk memenangi Ballon d'Or, tetapi saya tidak akan membunuh diri saya sendiri semata-mata untuk itu.

"Saya mahu gembira dan saya amat gembira di sini di Barcelona. Tak menjadi masalah jika saya tidak memenangi Ballon d'Or.

"Saya tidak bermain bola sepak untuk memenangi Ballon d'Or. Saya bermain bola sepak kerana saya gembira dengannya, kerana saya mencintainya dan kerana saya mahu bermain bola sepak," katanya.

Neymar, Ballon d'Or

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain