suria

Giliran Pengadil Jadi Sasaran Liga Super China

LONDON: Usaha China untuk meningkatkan kualiti permainan bola sepak negara itu bukan sekadar membawa pemain bintang seperti Nicolas Anelka, Didier Pogba, Oscar dan Carloz Tevez tetapi juga menjadikan pengadil berkualiti sebagai sasaran.

Terbaharu, laporan eksklusif portal Mirror menyebut, pengadil terkemuka Liga Perdana Inggeris, Mark Clattenburg menjadi sebahagian perancangan revolusi Liga Super China (CSL).

Clattenburg yang merupakan pengadil rasmi badan bola sepak dunia, FIFA, terlibat dalam pengendalian perlawanan akhir Piala FA, Liga Juara-Juara Eropah dan Kejohanan Euro 2016, sekali gus mempunyai reputasi tinggi untuk meningkatkan kualiti CSL.

Malah pada Selasa, pengadil berusia 41 tahun itu menerima anugerah pengadil terbaik dunia pada majlis Anugerah Bola Sepak Global di Dubai.

Hasrat CSL itu merupakan usaha untuk membersihkan liga bola sepak tempatan yang dicemari skandal rasuah dan pengaturan perlawanan sejak sekian lama.

Bagaimanapun Clattenburg masih belum mengulas sebarang kenyataan berhubung laporan tersebut.

Terdahulu, China menawarkan gaji lumayan kepada bintang Manchester United, Wayne Rooney dengan bayaran 700,000 pound seminggu.

Selain Rooney, pertahanan kental Chelsea, John Terry dan perancang utama Arsenal, Alexis Sanchez juga menerima tawaran lumayan untuk beraksi di China.


Artikel Berikut

Artikel Lain