suria

Giggs Kembali Disebut di Swansea City

RYAN Giggs antara nama yang disebut bagi memikul tugas di Swansea City selepas Bob Bradley dipecat pada lewat Selasa malam.

Pemilik kelab terpaksa memecat pengurus kelahiran Amerika Syarikat itu selepas tiga bulan memimpin skuad setelah mencatat rekod buruk dengan tujuh kekalahan dalam sebelas perlawanan setakat ini.

Sebelum ini, bekas pemain legenda Manchester United itu turut menjadi pilihan namun diketepikan kerana dikatakan kurang pengalaman dan memilih Bradley pada Oktober lalu.

Bagaimanapun, pengerusi kelab Huw Jenkins dilaporkan akan berbincang kembali perkara itu (Giggs) dalam misi mencari pengganti Bradley.

Jurulatih Alan Curtis dan Paul Williams ditugaskan sebagai pengurus sementara menjelang perlawanan bertemu Bournemouth pada Sabtu ini.

Sementara itu Jenkin memberitahu keputusan tersebut terpaksa dibuat demi kelabnya.

Bob Bradley


"Kami memohon maaf kehilangan Bob dalam tempoh yang agak singkat. Malang sekali, perkara tidak berjalan seperti yang dirancang.

"Dengan keadaan sukar yang dilalui kelab setakat ini, kami perlu mencari jawapan untuk menyelesaikan masalah yang ada sekarang.

"Secara peribadinya, saya memuji Bob yang telah memberi segalanya terhadap tugas yang dipikul," jelas Jenkin dalam kenyataan kelab pada Rabu.

Selain Giggs, beberapa lagi nama yang turut diberi perhatian bagi jawatan ini termasuk Harry Redknapp, Chris Coleman, Alan Pardew serta Alan Curtis.

Bradley merupakan pengurus kedua yang dipecat Swansea City musim ini selepas Francesco Guidolin dari Itali.



Rekod pencapaian Bob Bradley di Swansea City:

Swansea City 1-4 West Ham United

Middlesbrough 3-0 Swansea City

West Bromwich Albion 3-1 Swansea City

Swansea City 3-0 Sunderland

Tottenham Hotspur 5-0 Swansea City

Swansea City 5-4 Crystal Palace

Everton 1-1 Swansea City

Swansea City 1-3 Manchester United

Stoke City 3-1 Swansea City

Swansea City 0-0 Watford

Arsenal 3-2 Swansea City
Ryan Giggs, Swansea City

Artikel Berikut

Artikel Lain