suria

10 Pemain Dortmund Bangkit Ikat Hoffenheim

BORUSSIA Dortmund bangkit mengikat Hoffeinheim 2-2 selepas ketinggalan dua kali dengan kelibat 10 pemain selepas Marco Reus diperintah keluar padang.

Penjaring gol terbanyak Bundesliga, Pierre-Emerick Aubameyang muncul penyelamat Dortmund apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-48.

Ia juga merupakan gol ke-16 Aubameyang pada kempen Bundesliga musim ini.

Hoffenheim masih mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini dan naik ke tangga ketiga dengan 27 mata.

Dortmund yang menduduki tempat kelima hanya memenangi lima daripada 10 aksi liga setakat ini.

"Ia perlawanan yang sukar untuk kami. Selepas ketinggalan di belakang, kami bangkit dengan mempamerkan corak permainan lebih agresif.

"Bermain dengan hanya 10 pemain, saya fikir keputusan itu lebih daripada yang berhak diperolehi," kata pemain pertahanan Dortmund Marcel Schmelzer.

Hoffenheim hanya mengambil masa seawal tiga minit untuk mendahului menerusi jaringan Mark Uth yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Dortmund nyaris menyamakan kedudukan menerusi percubaan Marcel Schmelzer tetapi Mario Goetze meletakkan kedudukan 1-1 pada minit ke-11.

Pasukan tuan rumah diramal akan memenangi perlawanan itu apabila penjaring terbanyaknya, Sandro Wagner menjaringkan gol kedua pada minit ke-20.

Lebih malang bagi Dortmund apabila Reus dilayangkan kad kuning kedua empat minit sebelum tamat babak pertama.

Namun, Aubameyang berjaya menyelamatkan Dortmund selepas merembat masuk hantaran Dembele.

Borussia Dortmund, Bundesliga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain