suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya Sudah Sedia Kembali Ke Padang" - Allardyce

SAM Allardyce menegaskan beliau sudah bersedia untuk kembali bekerja kurang dari tempoh tiga bulan selepas dipecat sebagai Pengurus England.

Allardyce, 62, dihimpit kontroversi apabila dipercayai menggunakan kedudukannnya sebagai pengurus England untuk berunding dalam perjanjian bernilai 400,000 pound (RM2.1 juta) selain menunjukkan cara melepasi undang-undang FA England dalam hal perpindahan pemain dalam satu pendedahan yang dilakukan wartawan akhbar The Telegraph.

Beliau kini mendakwa kesilapan tersebut akan menjadikan dirinya seorang pengurus yang lebih baik.

"Saya fikir (akan kembali) mungkin pada tahun baru jika tidak sebelum itu, bergantung kepada kelab yang mahu mendapatkan khidmat saya.

"Saya tidak fikir saya harus berhenti di sini sahaja," kata Allardyce kepada stesen TV, beIN Sports.

Allardyce hanya mengemudi England selama 67 hari apabila diselubungi skandal tersebut.

Beliau berkata: "Saya mahu melupakan perkara itu. Ia detik hitam dalam hidup saya tetapi saya perlu bangkit, kesukaran menjadikan anda lebih kuat."

"Saya mahu bergerak ke hadapan di tempat yang sesuai untuk saya sama ada di England atau luar negara. Adalah lebih baik untuk menerokai suatu tempat baharu yang memberikan cabaran lebih besar," katanya.

Mengimbau kembali pendedahan wartawan The Telegraph, Allardyce berkata beliau mahu belajar dan menjadi seorang yang lebih baik.

"Ia menyakitkan, sudah semestinya tetapi perkara lepas perlu dilupakan. Belajar daripada kesilapan dan jadi individu yang lebih baik," katanya.



Sam Allardyce

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain