suria

Perbicaraan Benzema Diteruskan, Kes Cisse Kembali Kepada Hakim

PARIS: Sebuah mahkamah Perancis menolak permohonan penyerang Real Madrid, Karim Benzema untuk menghentikan perbicaraan ke atasnya berhubung tuduhan cuba memeras ugut pemain bola sepak Perancis, Mathieu Valbuena menggunakan video seks, demikian menurut sumber kehakiman pada Jumaat.

Pada November lalu Benzema dituduh dengan 'percubaan bersubahat memeras ugut' dan konspirasi melakukan jenayah.

Berdasarkan undang-undang Perancis, hukuman lima tahun penjara akan dikenakan jika disabitkan kesalahan.

Benzema bagaimanapun telah menafikan sebarang salah laku.

Sementara itu mahkamah rayuan di Versailles membatalkan keputusan mahkamah sebelum ini yang memihak kepada bekas penyerang Liverpool, Djibril Cisse berhubung kes yang sama.

Kesnya dihantar semula kepada seorang hakim yang mungkin akan memutuskan supaya siasatan rasmi dilakukan terhadapnya.

Sebelum ini pendakwa raya memohon supaya Cisse diletakkan di bawah siasatan rasmi, tetapi hakim pertama telah menolak permintaan itu.

"Ia membuka jalan bagi Djibril Cisse untuk diletakkan dalam siasatan, tetapi ia bukan automatik," kata sumber kehakiman. -Reuters

Artikel Sebelum

Chong Wei Gagal Siri Super Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain