suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Penjaga Gol Hoki Remaja Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR:  Bekas penjaga gol hoki remaja kebangsaan, Manjit Singh meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Pantai, Bangsar, awal pagi Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) K. Logan Raj berkata Manjit, 52, menghembuskan nafas terakhir pada 4 pagi, dan mendiang akan disemadikan di Kampung Tunku pada Khamis.

Manjit pernah membantu skuad hoki remaja negara menduduki tempat keempat keseluruhan pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 1985 di Vancouver, Kanada.

Logan berkata mendiang merupakan seorang rakan dan pemain hoki yang banyak berjasa kepada skuad remaja negara walaupun tidak menyertai skuad senior.

"Mengenali Manjit, beliau seorang yang sangat peramah dan sentiasa mengambil berat tentang skuad hoki negara.

Beliau juga banyak membantu persatuan dalam pembangunan sukan hoki," katanya. - BERNAMA

Manjit Singh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain