suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Birmingham City Lantik Zola Selepas Pecat Rowett

BIRMINGHAM City melantik Gianfranco Zola sebagai pengurus baharus kelab itu selepas memecat Gary Rowett yang berkhidmat selama lebih dua tahun.

Pemilik kelab itu, Trillion Trophy Asia Limited memberitahu, pengendali berusia 50 tahun itu kini akan bertanggungjawab terhadap Birmingham City.

Sebelum ini Zola berkhidmat di West Ham United dan Watford di England dan kini akan mengendali perlawanan pertama kelab itu menentang Brighton & Hove Albion pada Sabtu ini.

Zola akan bersama Pierluigi Casiraghi dan Gabrielle Cioffi sebagai jurulatikan pertama pasukan, Kevin Hitchcock (jurulatih penjaga gol) dan penganalisa video, Sebastiano Porcu.

Pengarah kelab, Panos Pavlakis berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Gianfranco dan pasukannya untuk bersama Birmingham City.

"Pengalaman, falsafah dan cita-citanya dalam sukan ini seiring dengan apa yang ingin kami capai.

"Gianfranco memiliki pengalaman yang begitu banyak sebagai pengurus dan pemain, sekali gus pelantikannya sesuatu yang mengujakan," katanya.



Zola, Rowett, Birmingham City

Artikel Sebelum

Artikel Lain