suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaringan Lewat Ibrahimovic Bawa Tuah United

JARINGAN lewat yang dilakukan Zlatan Ibrahimovic iaitu dua minit sebelum tamat masa perlawanan akhirnya memberikan kemenangan 2-1 kepada Manchester United dalam aksi menentang Crystal Palace pada Rabu.

Sepakan kencang penyerang Sweden itu melalui hantaran Paul Pogba berjaya membawa tuah kepada United pada minit ke-88.

Tanpa jaringan kemenangan pada saat akhir itu sudah pasti akan meletakkan skuad kendalian Jose Mourinho tersebut sekali lagi muncul dalam situasi bahaya kerana membazirkan tiga mata.

Sebelum ini Mourinho nyata kecewa dengan Aksi buruk United yang menyaksikan mereka sekadar seri dalam tiga daripada empat perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Terdahulu, United yang menguasai perlawanan menyaksikan mereka mendahului menerusi jaringan Pogba pada minit ke-47 namun Palace bangkit pada separuh masa kedua dengan jaringan penyamaan James McArthur pada minit ke-66.

United menggandakan asakan dan pada satu ketika Juan Mata hampir mendapatkan jaringan kedua namun golnya dibatalkan kerana ofsaid.

Kemenangan itu menyaksikan United kekal di tangga keenam.

Namun ia merupakan tiga mata melegakan bagi Mourinho yang ketinggalan enam mata untuk berada di kedudukan empat teratas liga. Reuters

Artikel Berikut

Artikel Lain