suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Frost Sasar Malaysia Dalam Tiga Pasukan Terbaik Dunia

Morten Frost Hansen.

KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen mempunyai tugas penting meletakkan badminton negara ini dalam kelompok tiga pasukan terbaik dunia menjelang 2020.

Malah bagi tempoh sama, Frost mahu sekurang-kurangnya ada dua wakil negara dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia bagi setiap lima kategori - perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.

"Ia adalah KPI (Indeks Prestasi Utama) yang perlu saya penuhi dan sudah tentu saya akan bertanggungjawab penuh jika gagal mencapainya," katanya.

Legenda badminton dari Denmark yang berusia 58 tahun yang turut dikenali sebagai 'Mr Badminton', berkata sememangnya menjadi sasarannya untuk mewujudkan sekurang-kurangnya ada dua wakil dalam kelompok 10 terbaik ranking dunia bagi setiap satu daripada lima kategori itu.

"Keadaan semasa badminton Malaysia sudah jauh berubah sejak kali terakhir saya bersama BAM pada 1997-2000," katanya yang mendakwa beliaulah yang memulakan pasukan wanita.

Frost berkata tidak sampai 20 tahun selepas itu, pemain wanita negara menunjukkan peningkatan yang baik malah mereka turut mencatat pencapaian yang membanggakan di pentas antarabangsa.

Beliau berkata ketika ini semua pihak terlalu sibuk memberi tumpuan mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei dan menurutnya ia adalah satu kesilapan.

"Ada sebab mengapa Chong Wei menjadi ikon. Beliau begitu menyerlah sekian lama dan sebab itu kita memanggilnya ikon. Kita tidak boleh menggantikan ikon dengan ikon lain...ia semudah itu.

"Untuk menjadi pemain nombor satu dunia, setiap pemain perlu mempunyai 'DNA istimewa' dan beliau (Chong Wei) memilikinya tetapi ramai pemain yang tidak mempunyainya," kata Frost.

Menurut Frost, beliau kini menyusun pemain untuk mempersiapkan mereka bagi mendukung cabaran negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020. - BERNAMA

Morten Frost Hansen, badminton, BAM

Artikel Lain