Khairul Idham Bermula Petak 22, Adam Petak Kesembilan - Sukan | mStar

Khairul Idham Bermula Petak 22, Adam Petak Kesembilan

Khairul Idham Pawi

PETALING JAYA: Pelumba Moto3 harapan negara, Khairul Idham Pawi akan memulakan saingan di petak ke-22 pada perlumbaan di Litar Grand Prix Motul di Jepun pada Ahad.

Pelumba berusia 17 tahun itu mencatat masa 1'57.395s, ketinggalan 0.952s di belakang pelumba Jepun, Hiroki Ono yang menempa petak pertama selepas mengungguli ujian sesi kelayakan pada Sabtu.

Seorang lagi pelumba sandaran, Adam Norrodin mencatat masa yang lebih baik iaitu 1'56.873s untuk berada di petak kesembilan.

Khairul yang mewakili pasukan Honda Team Asia kini menduduki tangga ke-16 selepas mengutip 54 mata manakala Adam mengumpul lima mata bagi pasukannya, Drive M7 SIC Racing Team.

Pelumba kelahiran Perak itu sudah dua kali menaiki podium pada musim ini dan kali terakhir kemenangan dicatatkan dalam perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman pada Julai lalu walaupun dia bermula dari petak ke-20.

Satu lagi kemenangan dicatatkan oleh Khairul dalam perlumbaan Grand Prix Argentina pada April lalu.

Moto3 , Khairul Idham Pawi , Adam Norrodin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wenger Mahu Hapus Virus Negatif

Artikel Berkaitan

Khairul Idham Pawi Laung Amaran Awal

Lebih Artikel

Yun Peng anak baik, dengar kata...