suria

Wenger Mahu Hapus Virus Negatif

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahu memastikan "virus negatif" yang tersebar dalam kalangan penyokong dihapuskan apabila pasukannya berdepan Swansea pada Sabtu malam.

Mengimbas kembali kekalahan pada pasukan lawan yang sama di laman sendiri pada musim lalu, Wenger berkata, keputusan tersebut "membunuh" peluang Arsenal untuk mencabar kejuaraan liga, sekali gus mengundang persepi negatif dalam kalangan peminat.

Kekalahan 2-1 pada Mac itu disusuli dengan kekalahan 3-2 kepada Manchester United, menyebabkan Arsenal ketinggalan enam mata di belakang Leicester City yang menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim lepas.

Wenger dikritik teruk oleh penyokong ekoran kekalahan kepada Swansea yang akan bertandang ke Emirates pada Sabtu malam.

"Saya perlu katakan bahawa persepsi negatif boleh wujud dengan pantas.

"Persepsi ini merupakan virus yang sangat sukar dihapuskan," kata pengendali berusia 66 tahun itu.

Kali ini, sekuad Gunners dilihat lebih bersedia berdepan ancaman Swansea selepas mencatat lima kemenangan berturut-turut di dalam semua pertandingan.

Arsenal kini berada di tangga ketiga, dipisahkan dua mata di belakang pendahulu, Manchester City.

"Saya percaya saat ini semua pihak mempunyai perasaan positif.

"Kami berjaya mengurangkan jurang mata dengan pasukan teratas dan perlu mencapai tahap yang lebih tinggi.

"Penyokong merupakan sebahagian daripada pemainan kami dan mereka mempunyai hak untuk gembira.

"Tugas saya adalah memastikan mereka gembira," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain