suria

Pesanan Ringkas Tan Cheng Hoe Kepada Pemain Kedah

Tan Cheng Hoe

"KUATKAN mental" itu nasihat Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe kepada barisan pemainnya yang akan menentukan pasukan mana yang layak beraksi di final Piala Malaysia ketika menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu.

Walaupun nasihat itu kelihatan ringkas, namun kekuatan mental merupakan perkara penting bagi skuad hijau kuning untuk mengekalkan kemenangan apabila turun di gelanggang lawan.

Menurutnya, dalam sesi latihan yang diadakan setakat ini pemain telah menunjukkan kesediaan mereka bagi mengharungi perlawanan penting tersebut.

"Bagi mengulangi kejayaan ke final musim lalu, ia bukanlah tugas mudah untuk pemain laksanakan kerana PDRM juga bukan mudah untuk ditewaskan.

"Tetapi jika pemain kuatkan mental dan konsisten sepanjang permainan mereka mampu membawa pulang kejayaan dan sekali lagi ke final nanti," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe memberitahu, bagi membariskan kesebelasan untama terbaik, pihaknya turut menyenaraikan Syazwan Zainol dan Khairul Helmi Johari di kalangan pemain yang dibawa ke Melaka.

"Kita akan lihat situasi mereka yang sedang mengalami kecederaan untuk diturunkan dalam perlawanan itu nanti.

"Jika mereka benar-benar pulih kita akan gunakan khidmat dua-dua pemain ini, jika tidak pemain simpanan akan mengambil alih tugas mereka," jelasnya.

Beliau menambah, kemampuan dan semangat pemain yang akan beraksi dalam perlawanan berada di tahap terbaik.

"Saya yakin dengan kemampuan pemain untuk menyahut cabaran PDRM di gelanggang lawan kerana kita juga mempunyai sokongan ribuan peminat setia.

"Mereka perlu menganggap perlawanan itu bermula dengan kedudukan 0-0 walaupun kita mempunyai kelebihan. Dengan kedudukan itu pemain perlu mendapatkan kemenangan untuk pastikan tempat kita di final nanti," ujarnya.

Kedah, PDRM, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Wenger Mahu Hapus Virus Negatif

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain