suria

Piala Malaysia: PDRM Turun Dengan Misi 'Hidup Mati'

Mohd Fauzi Pilus

KUALA LUMPUR: Pasukan berstatus kelab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kedah sebagai aksi 'hidup mati' bagi skuad berkenaan.

Biarpun tewas 2-1 pada aksi pertama di Alor Setar baru-baru ini, namun ia tidak sedikit pun melunturkan semangat anak didik Mohd Fauzi Pilus untuk bangkit mencari mata kemenangan Sabtu ini.

Malah, jurulatih yang mula menyertai skuad PDRM sejak 2010 dengan membimbing pasukan Piala Presiden itu turut kelihatan tenang dan bersedia bagi menghadapi ancaman Kedah.

"Alhamdullilah setakat ini semua pemain berada dalam keadaan bersedia dan fokus untuk bertemu Kedah nanti.

"Walaupun kita tahu Kedah sebuah pasukan yang lebih baik , kita masih ada lagi masa 90 minit.

"Kita akan cuba perbaiki kesilapan kecil yang berlaku pada aksi pertama sebelum ini," jelasnya ketika dihubungi mStar online.

Mohd Fauzi juga berharap pemain-pemain PDRM mampu mengekang rantaian serangan kedah yang dibarisi dua pemain import.

"Sebolehnya kami akan cuba menggunakan peluang ini dengan baik. Saya berharap jentera serangan lebih tajam dan bahagian pertahanan lebih berwaspada," tambahnya.

Beliau menambah, barisan pemain yang diturunkan juga diharap tidak melakukan kesilapan yang akan memberi peluang kepada pemain Kedah mencipta jaringan selain memberi tekanan kepada lawan.

"Saya juga berharap Andrezinho dapat melakukan tugasnya dengan lebih baik dengan membuat hantaran yang lebih tajam dan kreatif.

"Manakala pemain-pemain lain seperti Fauzi Majid dan Abdul Latiff Suhaimi perlu terus melakukan serangan berbisa kepada kubu lawan," ujarnya.

Kedah, PDRM, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Conte Masih Pengurus Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain