suria

Conte Masih Pengurus Chelsea

CHELSEA menafikan dakwaan bahawa pengurusnya Antonio Conte akan meninggalkan Stamford Bridge.

Dua bookie terkemuka, Paddy Power dan Betway digantung operasi selepas melakukan pertaruhan bahawa Conte akan dipecat hanya tiga bulan selepas memimpin kelab itu.

Namun, Conte dikatakan sedang mempersiapkan pasukannya menjelang pertembungan menentang juara bertahan, Leicester City pada Sabtu ini.

Conte yang masih mempunyai kontrak dengan Chelsea sehingga musim panas 2019 sedang berusaha untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di England.

Pengurus kelahiran Itali berusia 47 tahun itu memenangi tiga aksi pembukaan bersama The Blues tetapi gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada September lalu selain tewas di tangan Liverpool dan Arsenal.

Media mendakwa pemilik Chelsea, Roman Abramovich mengadakan perbincangan tergempar dengan pengarah kelab itu susulan kekalahan 1-2 kepada Liverpool di gelanggang sendiri.

Difahamkan Conte pula kecewa selepas Chelsea gagal mendapatkan beberapa pemain sasarannya pada musim panas lalu.

Chelsea merupakan kelab ketiga berbelanja besar pada musim panas lalu apabila mengeluarkan dana 116 juta pound untuk mendapatkan Michy Batshuayi, N'Golo Kante, Marcos Alonso dan David Luiz.



Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain