suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zambrotta Mahu Pujuk Ibrahimovic Berhijrah Ke India

Gambar kenangan Zambrotta dan Ibrahimovic semasa bersama-sama memperkuat AC Milan.

PENGURUS Delhi Dynamos, Gianluca Zambrotta percaya Zlatan Ibrahimovic berminat untuk berhijrah ke India dan beliau akan berusaha memujuk pemain Manchester United itu menyertai pasukan kendaliannya.

Ibrahimovic menyertai United pada musim panas lalu secara perpindahan percuma selepas kontraknya dengan PSG tamat.

Dia menjaringkan enam gol dalam 11 penampilannya bersama Red Devils musim ini.

Zambrotta dan Ibrahimovic pernah mewakili AC Milan dan Juventus bersama-sama sebelum ini.

Malah, bekas pemain pertahanan itu yakin Ibrahimovic akan mempertimbangkan tawarannya.

Zambrotta turut memberitahu dia akan cuba memujuk bekas rakan pasukannya itu untuk beraksi pada saingan Liga Super India.

"Melihat kepada penyokongnya di India, saya percaya Zlatan akan datang dan menamatkan kariernya di sini.

"Saya juga akan memujuk dan menyakinkannya untuk beraksi bersama Delhi Dynamos," kata Zambrotta kepada akhbar Indian Express.

Zambrotta memulakan karier sebagai pengurus kelab Switzerland, Chiasso pada November 2013 selepas menggantung butnya tetapi dipecat pada April 2015.

Dia kemudiannya dilantik sebagai pengurus baharu Dynamos pada Jun 2016 manakala bekas rakan pasukannya, Simone Barone menjadi pembantu pengurus.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain