suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cita-Cita Saya Dan Swansea City Berbeza - Ryan Giggs

BEKAS pemain sayap Manchester United, Ryan Giggs melepaskan peluang untuk menjadi pengurus baharu Swansea City memandangkan kehendak kelab Liga Perdana Inggeris itu tidak selari dengan 'cita-citanya'.

Giggs,42, antara calon untuk menggantikan tempat jurulatih Francesco Guidolin yang dipecat namun Swansea City secara rasminya telah melantik pengurus kelahiran Amerika Syarikat, Bob Bradley.

Bekas pemain antarabangsa Welsh itu mencatat rekod 13 kali menjuarai trofi liga ketika bersama Manchester United dan selepas itu pernah menguruskan empat perlawanan ketika menjadi pengurus sementara menggantikan David Moyes pada tahun 2014.

"Saya berjumpa dengan mereka (Swansea) beberapa kali namun merasakan kehendak kelab itu tidak sama dengan cita-cita saya," jelas Giggs kepada ITV pada Sabtu. 

Sebelum ini, Giggs pernah yang menjadi pembantu kepada bekas pengurus United, Louis van Gaal dilaporkan  'gagal' ketika temuduga bersama Swansea City bagi jawatan di situ.

Swansea kini terdesak untuk perbaiki kedudukan yang hampir berada di zon penyingkiran, tangga ke-17 liga selepas hanya mengutip empat mata daripada tujuh perlawanan.

Ryan Giggs, Swansea City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain