suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murray Rangkul Trofi Juara Terbuka China Kali Pertama

ANDY Murray merangkul trofi juara Terbuka China selepas menewaskan Grigor Dimitrov 6-4 7-6 (7/2) di Beijing pada aksi final Ahad malam.

Pemain No.2 dunia yang mara ke final buat kali kesembuilan tahun ini terpaksa bekerja keras pada set kedua selepas pemain Bulgaria itu banyak melakukan pukulan panjang.

Bagaimanapun pemain utama Britain ini berjaya mengatasinya dan merangkul trofi juara kelima musim ini sekaligus semakin merapatkan kedudukannya dengan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

Lebih manis, kemenangan di Beijing ini juga menyaksikan Murray berjaya menggondol trofi Terbuka China buat kali pertama dan dijangka akan kembali untuk merebut gelaran Shanghai Rolex Masters minggu depan.

Andy Murray, Terbuka China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain