suria

Kian Meng- Pei Jing Muncul Juara Terbuka Thailand

Kian Meng-Pei Jing muncul juara beregu campuran Terbuka Thailand pada Ahad.

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meraih gelaran kedua mereka tahun ini selepas muncul juara kejohanan badminton Terbuka Thailand pada Ahad.

Pasangan yang digandingkan lewat tahun lepas itu mempamerkan aksi menarik apabila berjaya mengenepikan gandingan dari Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet dengan straight set 21-16, 22-20.

Dalam pertarungan akhir selama 39 minit itu, beregu campuran kedua negaraitu bermula agak goyah apabila ketinggalan 4-7 sebelum kembali menguasai perlawanan untuk berada di hadapan dengan 11-7, dan seterusnya memenangi set pertama dengan 21-16.

Namun, aksi pasangan yang berada di ranking ke-19 dunia itu kembali tergugat apabila mereka ketinggalan 12-17 kepada beregu Hong Kong yang baharu digandingkan enam bulan itu.

Kian Meng-Pei Jing yang pastinya tidak mahu gelaran kejuaraan kedua mereka terlepas, kembali konsisten untuk mengejar mata demi mata sehingga menyamakan kedudukan pada 17-17 sebelum mengesahkan gelaran juara milik mereka dengan kemenangan 22-20.

Gandingan negara sebelum ini pernah meraih gelaran Terbuka Vietnam pada Julai lepas manakala muncul naib juara dalam tiga penampilan final, tahun ini iaitu Malaysia Masters, Cabaran Antarabangsa Poland dan Terbuka Taiwan. -Bernama

Artikel Lain