suria

GP Jepun: Tiada Kaitan Dengan Trek Lembap - Hamilton

LEWIS Hamilton mengaku bertanggung jawab dengan aksi hambar di perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Jepun dan tidak ada kaitan dengan keadaan trek yang lembap.

Sebelum perlumbaan, juara bertahan dunia itu agak risau dengan keadaan litar yang lembap yang turut meletakkan Hamilton jatuh ke posisi kelapan daripada kedudukan kedua.

Namun pelumba Britain itu berjaya bangkit dan berjaya menamatkan perlumbaan di  tempat ketiga.

"Saya yang melakukan kesilapan dan tidak ada kaitan dengan keadaan trek yang lembap. 

"Keadaan agak rumit tetapi saya berjaya mengatasi. Jentera juga berada dalam keadaan memuaskan dan lancar cuma gagal menamatkan saingan dalam posisi terbaik," jelasnya.

Pada perlumbaan tersebut, rakan sepasukannya Nico Rosberg berjaya mengungguli aksi di Litar Suzuka ini sekaligus melebarkan kedudukan di tangga teratas keseluruhan pelumba dengan 313 mata, manaka Hamilton di tempat kedua dengan 280.

Malah kejayaan di Jepun ini juga sekaligus menyaksikan pasukan Mercedes sebagai juara dunia kategori pengeluar dengan mengumpul 593 mata meninggalkan Red Bull di kedudukan kedua, 385 mata.

Lewis Hamilton, GP Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain