suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prestasi Anthony Martial Merosot Selepas Ditinggalkan Kekasih

Anthony Martial berpisah dengan kekasihnya, Samantha Jacquelinet.

MANCHESTER United menyuarakan kebimbangan terhadap kehidupan peribadi Anthony Martial yang mempunyai masalah, dikatakan sebagai punca kepada kemerosotan prestasi pemain itu pada musim ini.

Martial tampil sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Stoke City di Old Trafford pada Ahad lalu dengan memberikan satu gol, menjadi keputusan seri 1-1.

Bagaimanapun, ia merupakan gol pertama dalam sembilan permainan buat pemain kelahiran Perancis itu.

Martial memulakan empat perlawanan bagi Manchester United tetapi prestasinya lemah dan aksi kurang meyakinkan di padang.

Mengenai kehidupan peribadi, Martial berpisah dengan Samantha Jacquelinet selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

Jacquelinet juga merupakan ibu kepada anak perempuan mereka, Peyton.

Martial menyertai Manchester United dari Monaco pada tahun lalu menerusi tawaran £58 juta (RM305.54 juta). - Mail Online




Anthony Martial

Artikel Sebelum

Artikel Lain