suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney Akur Digugurkan Mourinho

LONDON: Wayne Rooney mengakui aksi hambarnya menyebabkan dia perlu menerima keputusan digugurkan daripada kesebelasan utama Manchester United.

Mengambil situasi itu sebagai sesuatu yang positif, pemain yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 bulan ini juga sedia berdepan kemungkinan kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan England.

Rooney digugurkan pengurus United, Jose Mourinho ketika pasukannya bertemu Watford bulan lalu.

"Saya tahu saya tidak bermain dengan baik ketika berdepan Watford.

"Saya tidak layak bermain pada perlawanan seterusnya kerana seluruh pasukan melakukan yang terbaik, jadi saya memerlukan masa untuk kembali mencari peluang bagi berada dalam kesebelasan utama. 

"Saya perlu bekerja keras dan cuba untuk kembali mendapat tempat. Jika pengurus England mahu meletakkan saya di bangku simpanan bagi dua perlawanan minggu ini pun saya tidak kisah," kata Rooney.

Bagaimanapun, kata Rooney, pengurus sementara England, Gareth Southgate telah memaklumkan yang dia akan kekal sebagai kapten England.

Bagaimanapun, pemain itu mengakui bosan dengan persoalan sama ada dia perlu beraksi sebagai penyerang atau di bahagian tengah. 


Artikel Lain