suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Man City Dilarang Guna Internet Di Pusat Latihan

Pep Guardiola memutuskan untuk menghentikan kemudahan Internet di pusat latihan Manchester City. Foto Reuters

BILIK persalinan di pusat latihan Manchester City kini merupakan zon 'tanpa telefon" selepas kemudahan wi-fi di bilik itu dihentikan.

Perkara itu didedahkan oleh pemain pertahanan kelab tersebut, Pablo Zabaleta.

Ia merupakan beberapa langkah yang dibuat pengurus, Pep Guardiola untuk menaikkan lagi semangat pasukannya.

Pendekatan berkenaan merupakan beberapa kesan yang dilihat selepas beliau mengambil alih pengurusan kelab daripada Manuel Pellegrini pada musim panas.

Manchester City mengalami kekalahan pertama mereka pada musim ini, hujung minggu lalu. 

Mendedahkan perkara tersebut, Zabaleta memberitahu TyC Sports: "Beliau (Guardiola) mengarahkan kami sarapan pagi dan makan tengah hari bersama-sama di kelab.

"Talian Internet telah dipotong. Tiada lagi rangkaian 3G di bilik persalinan. Kami tidak dibenarkan berkomunikasi di sana." - Mail Online



Pep Guardiola

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Terbuka China

Artikel Lain