suria

Rosberg Kekal Terajui Kedudukan Pelumba

SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi saksi pasukan Mercedes yang sebelum ini mendominasi setiap perlumbaan akhir berjaya digugat dengan kemenangan satu dua daripada pencabar terdekat Red Bull Racing.

Kemenangan julung kali Daniel Racciardo di Litar Sepang itu hadir selepas insiden malang menimpa pelumba Mercedes Lewis Hamilton apabila enjin jenteranya terbakar pada lap ke-41.

Bagaimanapun keputusan tersebut tidak menggugat kedudukan keseluruhan pelumba apabila Nico Rosberg turut menaiki podium di tempat ketiga mewakili pasukan Mercedes.

Drama awal perlumbaan melibatkan Rosberg yang dilanggar oleh Sebastian Vettel pada awal perlumbaan menyebabkannya jatuh di tempat ke-17.

Namun beberapa minit kemudian Rosberg berjaya memintas pelumba lain untuk berada dalam kelompok tiga terbaik.

Mengungguli tempat ketiga menyaksikan Rosberg lega untuk kekal sebagai pendahulu kedudukan keseluruhan pelumba dengan mengumpul 288 mata sekaligus melebarkan perbezaan mata sebanyak 23 mata daripada Hamilton (265).

Manakala Ricciardo berada di kedudukan ketiga dengan 204 mata.

Jelas Rosberg, kemenangan di tempat ketiga ini amat penting untuk pasukan lebih-lebih lagi selepas Hamilton terkeluar daripada saingan.

"Saya sangka perlumbaan berakhir selepas dilanggat pada Turn One, namun saya bangkit dan bersaing untuk meraih podium.

"Ia sesuatu yang sangat hebat. Terima kasih kepada semua peminat di Malaysia yang amat menakjubkan sepanjang minggu.

"Biarpun saya mengharapkan keputusan yang lebih baik hari ini, tetapi perkara sebaliknya sentiasa berlaku.

"Biarpun sedikit berasa penat selepas perlumbaan ini, tetapi secara keseluruhan saya bersedia untuk aksi seterusnya yang lebih baik," jelasnya pada sidang media selepas perlumbaan.

Perlumbaan F1 Pusingan 17 akan diteruskan  di Jepun pada 7-9 Oktober ini.


Kedudukan pelumba keseluruhan selepas pusingan 16 di Litar Antarabangsa Sepang:

1. N Rosberg - Mercedes 288mata

2. L Hamilton - Mercedes 265

3. D Ricciardo - Infiniti-Red Bull 204

4. K Räikkönen- Ferrari 160

5. S Vettel -Ferrari 153

6. M Verstappen- Infiniti-Red Bull 147

7. V Bottas -Williams 80

8. S Pérez- Force India74

9. N Hülkenberg-Force India 50

10. F Alonso -McLaren 42

11. F Massa -Williams41

12. C Sainz Jr- Toro Rosso30

13. R Grosjean- Haas 28

14. D Kvyat- Toro Rosso 25

15. J Button- McLaren 19

16. K Magnussen- Renault 7

17. J Palmer- Renault 1

18. P Wehrlein- Manor 1

19. S Vandoorne- McLaren 1

20. E Gutiérrez- Haas 0

21. M Ericsson- Sauber 0

22. F Nasr- Sauber 0

23. R Haryanto- Manor 0

24. E Ocon- Manor 0

F1 Grand Prix Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain