suria

United Sekadar Seri Di Laman Sendiri

Pemain Stoke City, Joe Allen meraikan kejayaan selepas meledak gawang gol Manchester United. -foto REUTERS

PASUKAN Manchester United gagal memanfaatkan peluang mengutip mata penuh di laman sendiri selepas mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Stoke City pada aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad malam.

Skuad bimbingan Jose Mourinho itu mendominasi permainan dengan beberapa percubaan menerusi Zlatan Ibrahim serta Paul Pogba malah berpeluang mencipta kemenangan, namun sebaliknya berlaku pada babak separuh masa pertama.

Bagaimanapun rentak permainan United lebih rancak pada babak kedua selepas kemasukan Anthony Martial dan Wayne Rooney.

Hanya selepas dua minit dimasukkan, Martial berjaya meledak gol pada minit ke-69 sekaligus mencatat jaringan pertamanya musim ini.

Bagaimanapun keceriaan penyokong-penyokong United hanya seketika sahaja apabila Joe Allen berjaya menyamakan kedudukan lapan minit sebelum masa permainan sebenar berakhir.

Penjaga gol United, De Gea gagal menghalang percubaan pertama pasukan pelawat yang mengakibatkan perlawanan berakhir dengan kedudukan seri.


Senarai pemain:

Manchester United: De Gea, Valencia, Blind 5, Smalling , Bailly, Pogba , Herrera , Lingard 6 Mata 5, Rashford 6, Ibrahimovic 6. (Simpanan): Rooney , Martial , Memphis.

Stoke City: Grant, Johnson, Shawcross, Martins Indi , Pieters, Cameron, Whelan, Allen , Shaqiri , Bony , Arnautovic . (Simpanan) Crouch , Walters, Bardsley.

EPL, Manchester United, Stoke City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain