suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Perlukan Masa, Kejutan

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho mengakui dia memerlukan masa untuk menilai kualiti pemainnya selain berharap ada kejutan yang mampu ditunjukkan oleh anak buahnya.

Kenyataan Mourinho itu dipercayai ditujukan kepada pemain berbakat seperti Memphis Depay yang sekadar memanaskan bangku simpanan ketika Manchester United menang tipis 1-0 ke atas Zorya Luhansk dalam saingan Liga Eropah pada Khamis.

Sepanjang musim ini, Depay hanya bermain selama 88 minit secara keseluruhan dalam perlawanan kompetitif.

Menurut Mourinho, persaingan untuk merebut kesebelasan utama sangat sengit dan hanya Phil Jones sahaja dalam pasukan yang mengalami kecederaan.

"Saya memerlukan masa dan memerlukan pemain untuk beraksi.

"Saya perlu melihat mereka dari sudut berbeza dan memahami mereka dengan lebih mendalam.

"Terlalu banyak yang perlu saya pelajari tentang mereka.

"Anda akan mengenali mereka jika sudah lama bersama. Malah sentiasa ada elemen kejutan yang boleh diberikan pemain jika kami sudah bekerjasama selama tiga hingga lima bulan," katanya seperti dilaporkan portal EPSN.

Mourinho menjelaskan, setiap perlawanan dia akan mengetahui keupayaan pemainnya terutama bagi mereka yang beraksi di padang.

Dia juga berharap untuk memberikan peluang kepada pemain lain untuk membuktikan sesuatu.

"Saya mahu menurunkan Depay bermain selama 20,25 minit ketika menentang Zorya tetapi perancangan berubah," katanya.

Manchester United akan bertemu Stoke City di laman sendiri pada Ahad.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Sebelum

Zlatan Tolak Tawaran RM462 Juta

Artikel Berikut

Wenger Penuhi Kriteria England

Artikel Lain