suria

Tandukan Benteke Bantu Palace Ikat Everton

Benteke meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

EVERTON terlepas peluang untuk menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas jaringan Christian Benteke membantu Crystal Palace mengikat pasukan itu dengan keputusan 1-1 di Goodisan Park, awal pagi Sabtu.

Pasukan tuan rumah berada di depan menerusi jaringan Romelu Lukaku pada minit ke-35 menerusi sepakan percuma yang menerjah kanan gawang lawan.

Palace memperbaiki rentak permainan pada babak kedua apabila Benteke menanduk masuk hantaran Joel Ward.

Pasukan lawan nyaris mencatat kemenangan keempat tetapi tandukan Damien Delaney dinafikan kerana ofsaid.

Meskipun sekadar memperoleh satu mata, Everton naik ke tangga ketiga, empat mata dibelakang pendahulu liga, Manchester City.

Palace pula kekal di tangga ketujuh dengan mengutip 11 mata.

The Eagles turut mempertikaikan mengapa tandukan Delaney dinafikan kerana ofsaid.

Delaney berkata dia diberitahu oleh pegawai perlawanan bahawa rakan sepasukannya, James McArthur melakukan kesilapan.

Manakala Pengurus Palace Alan Pardew mendakwa dimaklumkan oleh pengadil Simon Bennett bahawa Delaney berada pada kedudukan ofsaid.

"Saya mengumpul ulang tayang di TV menunjukkan Damien tidak berada pada kedudukan ofsaid.

"Jika itu keputusan pembantu pengadil, kita rasakan ia sukar diterima," kata Pardew.

Artikel Sebelum

Wenger Penuhi Kriteria England

Artikel Berikut

Artikel Lain