suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejayaan JDT Pertahan Trofi Liga Super Dirai Penuh Meriah

Pemain JDT menjulang trofi Liga Super sejurus tamat perlawanan menentang T-Team di Stadium Larkin, malam Sabtu. - foto ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star.

JOHOR BARU: Seramai 24,280 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) membanjiri Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin di sini malam Sabtu bagi meraikan kejayaan pasukan itu mempertahankan trofi Liga Super buat kali ketiga berturut-turut.

JDT muncul juara Liga Super pada tahun lalu dan 2014.

Sambutan kali ini agak unik apabila ia diadakan sejurus tamat aksi menentang T-Team, yang menyaksikan skuad kendalian Mario Gomez itu menang 5-1.

Trofi Liga Super diserahkan kepada Presiden Kelab JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim oleh Ketua Pegawai Eksekutif  Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam.

Kemeriahkan sambutan itu disusuli dengan perarakan skuad Harimau Selatan membawa trofi tersebut menggunakan sebuah bas ke Dataran Bandaraya Johor Baru.

Pemain JDT diarak bersama trofi itu menyusuri beberapa jalan dan lokasi termasuk Jalan Bomba Larkin, Jalan  JPJ Lama, Jalan Tun Razak, bangunan City Square, Jalan Wong Ah Fook, Tropical Inn, Jalan Trus, Kotaraya, Jalan Ibrahim, Jalan Tun Dr Ismail, Jalan Lot 1,  Hospital Sultan Aminah, gerbang Istana Bukit Serene dan KFC sebelum terus memasuki kawasan dataran.

Di dataran, pasukan itu diraikan secara gilang-gemilang dengan penganjur mengatur persembahan bunga api secara besar-besaran bagi menghangatkan lagi  suasana.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim berkata kejayaan JDT itu bagaimanapun tidak membawa pengisytiharan cuti peristiwa kepada rakyat Johor pada Ahad.

"Rakyat akan bekerja seperti biasa kerana sebelum ini, kita sudah pun memberikan cuti ketika Harimau Selatan memenangi Piala AFC 2015," katanya sewaktu dihubungi di sini.

JDT, Liga Super

Artikel Sebelum

Arsenal Belasah Chelsea 3-0

Artikel Berikut

Artikel Lain