suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Belasah Chelsea 3-0

ARSENAL merekodkan kemenangan keempat berturut-turut buat pertama kalinya sejak Oktober 2015 selepas membelasah Chelsea 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, awal pagi Ahad.

Kemenangan itu merupakan pencapaian terbaik Arsene Wenger ke atas Chelsea hanya dua hari selepas beliau meraikan ulang tahun ke-20 sebagai pengurus Arsenal.

Arsenal bermula cemerlang menerusi percubaan Alexis Sanchez seawal minit ke-11 sebelum Theo Walcott menambah gol kedua seminit kemudian selepas menyempurnakan hantar Hector Bellerin.

Belum pun tamat babak pertama, gandingan mantap Sanchez dan Mesut Ozil membolehkan pemain kebangsaan Jerman itu melengkapkan gol ketiga pasukan tuan rumah pada minit ke-40.

Chelsea mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-84 menerusi percubaan Michy Batshuayi tetapi berjaya dinafikan penjaga gawang, Petr Cech.

Hasil kemenangan itu, The Gunners naik ke tangga ketiga, berkongsi 13 mata dengan Liverpool yang berada di tempat keempat apabila berkelebihan satu jaringan.

Sementara itu, Chelsea pula menduduki tempat kelapan di bawah Crystal Palace dengan berkongsi 10 mata.

Kemenangan itu membolehkan Wenger menarik nafas lega tetapi masih belum menjamin kedudukan selamat beliau di Emirates pada musim ini.







Arsenal, Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Real Seri Lagi, Barca Pesta Gol

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain