suria

Messi Pemain Terbaik Sepanjang Masa - Enrique

JURULATIH Barcelona, Luis Enrique mengakui hatrik yang dilakukan Lionel Messi merupakan yang terbaik di dunia 'di setiap posisi' selepas bintang Argentina itu membantu merekodkan 7-0 ke atas Celtic pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Messi menjadi pemain pertama dalam Piala Eropah yang menjaringkan enam hatrik dan merakamkan kali ke-40 kejayaan treble untuk kelab dan negara bagi kemenangan terbesar sejarah kejohanan ini.

Malah ianya juga merupakan kekalahan Celtic paling teruk dalam perlawanan.

Pemain terbaik dunia lima kali itu turut menjadi pembantu ketika Luis Suarez menyumbat dua gol.

"Messi bermain secara bebas dan dia boleh menukar mana-mana posisi yang dia mahu. Dia adalah yang terbaik di dunia.

"Jika dia bermain sebagai nombor 9, 8 atau 6, dia adalah yang terbaik. Dia boleh menjangkakan hantaran sejauh 40 ela dan membawa bola ke mana-mana yang dia mahu.

"Dia adalah 'bola sepak' sebenar dan sangat bodoh jika kita meletakkan had kepadanya.

"Bagi saya dia adalah yang terbaik sepanjang masa, dari segi jumlah gol dan visinya dalam sukan ini," jelas Enrique.

Artikel Sebelum

Artikel Lain