suria

Abdul Latif, Ziyad Diberi Bonus RM20,000 Pecah Rekod Dunia

Abdul Latif Romly (kiri) dan Muhammad Ziyad Zolkefli.

PETALING JAYA: Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli bakal menerima tambahan RM20,000 sebagai bonus kerana memecah rekod dunia dalam acara masing-masing di Sukan Paralimpik Rio.

Ia merupakan tambahan kepada ganjaran RM1 juta yang akan diterima kedua-dua penerima pingat emas pada Sukan Paralimpik itu di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN).

Ziyad dua kali memecahkan rekod dunia yang dilakukan sendiri untuk memenangi pingat emas kedua dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Mohd Ridzuan Mohd Puzi merupakan atlet Paralimpik negara pertama yang menerima pingat emas menerusi acara 100m T36 (celebral palsy).

Abdul Latiff pula memecah rekod dunia sebanyak tiga kali untuk memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh T20 (kurang upaya intelektual).

Atlet Paralimpik menikmati ganjaran sama bagi atlet negara bagi Sukan Olimpik di bawah skim insentif MSN yang dikaji semula.


.

Artikel Sebelum

Hatrik Lukaku Benam Sunderland

Artikel Berikut

Artikel Lain