suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hatrik Lukaku Benam Sunderland

LONDON: Penyerang Everton, Romelu Lukaku mengakhiri kemarau gol selama 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila melakar hatrik untuk membantu kelabnya menewaskan Sunderland 3-0 pada awal pagi Selasa.

Lebih mengagumkan lagi, pemain Belgium itu hanya perlu mengambil masa 11 minit untuk menghampakan bekas pengurusnya, Davis Moyes yang kini membimbing Sunderland.

Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-60, 68, dan minit ke-71.

Kemenangan anak buah Ronald Koeman itu melonjak Everton ke tangga ketiga liga dengan mengutip 10 mata selepas empat perlawanan.

Sunderland pula menghuni tangga kedua tercorot liga selepas sekadar mengutip satu mata dalam empat perlawanan.

Kekalahan tersebut menyaksikan Sunderland terus melebarkan rekod tanpa kemenangan dalam 23 perlawanan liga pada bulan Ogos atau September sejak 2012.

Mengulas tentang keputusan mengecewakan itu, Moyes menyalahkan pemainnya kerana gagal mengekang hantaran lintang yang membolehkan Lukaku menjaringkan gol.

"Kami gagal bermain dengan baik pada malam ini untuk mengekang hantaran lintang dan pemain juga tidak berada pada posisi yang betul," katanya seperti dilaporkan portal ESPN.

Everton, Sunderland

Artikel Lain