suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar Nyaris Ke Man United Atau PSG

Neymar. Foto EPA

NEYMAR nyaris menyertai Manchester United atau Paris Saint-Germain pada musim panas ini sebelum komited dengan masa depannya ke Barcelona.

Pemain hadapan itu sebelum ini berhijrah dari Santos ke Barcelona, dengan perjanjian baharu bagi mengekalkannya di Nou Camp sehingga 2021.

Bagaimanapun, ejennya mendakwa terdapat rundingan diadakan berhubung rancangannya untuk berhijrah ke England dan Perancis.

Pada usia 24 tahun di saat kemuncak kerjayanya, Neymar dikaitkan dengan Manchester United dan Paris Saint-Germain dalam tingkap perpindahan yang telah pun tutup.

"Dia (Neymar) hampir menyertai PSG," kata Wagner Ribeiro kepada media Brazil.

"Dia boleh memperoleh pendapatan bersih €40 juta setahun.

"Neymar juga hampir terikat dengan Manchester United, tetapi dia melanjutkan kontraknya dengan memperoleh sedikit di Barcelona kerana dia mahu kekal di situ," katanya. - Mail Online

Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain