suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Buruan Man United Kekal Di AS Monaco

Fabinho. Foto AFP

PEMAIN buruan Manchester United, Fabinho memutuskan untuk melanjutkan kontraknya bersama AS Monaco.

Pemain itu dikaitkan dengan Man United menerusi tingkap perpindahan pada musim panas, tetapi AS Monaco dalam saingan Ligue 1 Perancis menetapkan dia terus kekal.

Fabinho menandatangani perjanjian baharu dengan kontrak selama lima tahun pada Jumaat.

Bercakap kepada laman web Monaco, Fabinho berkata: "Saya amat gembira melanjutkan kontrak bersama AS Monaco, kerana kelab ini membolehkan saya mencapai potensi pada tahap tertinggal untuk beberapa musim.

"Ia juga memperkenalkan saya kepada Liga Juara-Juara dan sangat menyenangkan untuk menyertai saingan itu lagi pada tahun ini, dengan kedudukan yang selesa di AS Monaco.

"Banyak perubahan dilihat pada saya sejak mula berada di kelab ini. Hari ini merupakan hari yang terlalu istimewa buat saya."

Pemain berusia 22 tahun itu memulakan kariernya bersama Rio Ave di Portugal sebelum dipinjamkan di Real Madrid.

Dia menyertai Monaco pada Julai 2013, menerusi pinjaman selama dua tahun sebelum menyertai secara tetap pada tahun lepas.

Fabinho menjaringkan 15 gol dalam 137 perlawanan bagi Monaco. - espnfc.com

Fabinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain