suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mika Sertai Sunderland Seminggu Selepas Pintu Perpindahan Ditutup

PENJAGA gol Portugal Mika menyertai Sunderland selama dua tahun dengan nilai perpindahannya dari Boavista tidak didedahkan.

Mika, 25, tiba di Stadium of Light berikutan kelulusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas penjaga gol dari Portugal itu gagal memenuhi keperluan sebelum pintu perpindahan pemain ditutup pada 31 Ogos lalu kerana isu teknikal.

Penjaga gol utama Sunderland Vito Mannone terpaksa direhatkan selama tiga bulan kerana masih bergelut dengan kecederaan buku lali.

Mika melakukan 25 penampilan untuk Boavista semasa pasukan itu menamatkan saingan Liga Portugal di tempat ke-14 musim lalu.

Sunderland akan melayan kunjungan Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris, Isnin depan.

Mika, Portugal

Artikel Berikut

Artikel Lain