suria

Yaya Toure Mahu Kontrak Baharu Dengan Man City

Yaya Toure.

YAYA Toure tidak berputus asa berkenaan kariernya di Manchester City dan berhasrat untuk membuktikan dirinya kepada Pep Guardiola.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu secara tiba-tiba digugurkan daripada skuad di bawah pengurus baharu untuk Liga Juara-Juara.

Pada awal minggu ini, ejen beliau, Dimitri Seluk mendakwa akan melihat kepada perjanjian pra kontrak pada Januari bagi membolehkan pemain itu meninggalkan Etihad berikutan tamat tempoh kontrak pada akhir musim ini.

Pada Selasa lalu, Seluk memberitahu Sky Sports bahawa Manchester United dan Arsenel sedang mengintai untuk mendapatkan Toure.

Namun katanya, langkah untuk ke mana-mana kelab berkenaan mungkin mustahil.

Bagaimanapun, Sportsmail difahamkan bahawa pemain itu sendiri tidak berputus asa dengan nasibnya yang masih berbaki lagi di Manchester City.

Toure berikrar mahu melakukan segala-galanya untuk meyakinkan Guardiola yang ketika itu merupakan pengurus Barcelona, menjualnya kepada Manchester City pada harga £24 juta pada 2010. 

Beliau yang membantu kepada kemenangan dua gelaran Liga Perdana Inggeris, dua Piala Liga dan satu Piala FA bersama Manchester City mahu memaksa dirinya dengan rancangan Guardiola, sekiranya tidak ditawarkan kontrak baharu. - Mail Online



Yaya Toure

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain